Madu terbukti secara saintifik sebagai makanan yang berkhasiat dan memiliki pelbagai nutrisi dan mineral semula jadi yang baik untuk kesihatan dan menghidar pelbagai jenis penyakit.
Namun, adakah selamat untuk memberi madu kepada si kecil anda?
Jika si kecil anda berumur kurang dari satu tahun, adalah lebih baik untuk mengelak dari memberi madu kepada mereka.
Pakar nutrisi berpendapat bahawa usia ideal untuk memperkenalkan madu dalam diet harian anak adalah selepas mereka berusia satu tahun. Sebab utama adalah faktor sistem penghadaman kanak-kanak berusia kurang dari satu tahun belum cukup matang dengan sepenuhnya untuk menghadam madu.
Madu adalah selamat untuk diberi kepada si kecil yang berusia lebih dari satu tahun. Pakar nutrisi mencadangkan untuk menggunakan madu sebagai pengganti gula di dalam diet harian anak.
Tumbesaran Si Kecil Yang Sempurna
Satu sudu madu untuk si kecil setiap hari dan anda kini boleh menghela nafas lega kerana tiada lagi lawatan ke klinik dengan kerap.
Memperkenalkan madu dalam diet harian anak seawal usia mereka satu tahun sudah pasti dapat mengurangkan risiko jangkitan pelbagai jenis penyakit seperti demam, selsema, batuk, serta sakit perut seperti gastrik dan kembung perut. Madu berkesan sebagai anti-oksidan, anti-radang, anti-virus dan mengandungi pelbagai nutrisi dan mineral semulajadi yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh si kecil.
Pengambilan madu secara konsisten sebagai makanan tambahan (supplement) adalah penting untuk mengekalkan momentum khasiatnya kepada tubuh. Di usia antara satu tahun sehingga tujuh tahun, kanak-kanak memerlukan tubuh badan yang sihat dan cergas untuk tumbesaran yang sempurna. Tanpa sebarang jangkitan penyakit yang kerap, tumbesaran anak anda dapat berjalan dengan lancar, malah proses pembelajaran dan perkembangan awal otak juga tidak terhalang.
Si kecil dapat meneroka dunia tanpa sebarang halangan, dan membesar dengan sempurna.
Si Kecil Tidur Lena Tanpa Gangguan
Sejak kehadiran si kecil dalam kehidupan, tidur malam anda sudah pasti terganggu kerana si kecil sering meragam dan terjaga setiap malam. Meski usia mereka sudah melebihi satu tahun, namun si kecil memerlukan perhatian anda untuk menyusu, dan kadang kala untuk mengurus keperluan lampin.
Madu dapat membantu si kecil anda tidur dengan lebih baik. Kajian saintifik mendapati madu membantu tubuh untuk menghasilkan melatonin, sejenis hormon semula jadi yang dihasilkan tubuh untuk mengatur kitaran tidur. Kekurangan melatonin akan menganggu, menyebabkan ketidakselesaan serta kesukaran untuk tidur.
Oleh itu, pengambilan madu yang konsisten akan membantu si kecil untuk tidur dengan lebih baik, tanpa sebarang gangguan. Dan anda sebagai ibu bapa juga boleh tidur dengan nyenyak sehingga pagi.
Kekal Bertenaga Untuk Aktiviti Harian
Madu juga boleh diberikan kepada anak yang bersekolah, diantara usia tujuh tahun sehingga berusia belasan tahun. Anak-anak yang bersekolah sudah tentu mempunyai jadual aktiviti harian yang padat dan memerlukan tenaga yang mencukupi untuk kekal cergas dan fokus sepanjang hari.
Sebagai makanan tambahan yang bersifat alami, madu adalah pilihan terbaik untuk diambil di dalam diet harian anak-anak yang bersekolah. Satu sudu madu mengandungi 20 hingga 30 kalori dan kandungan glukosa di dalam madu diserap lebih cepat oleh tubuh, justeru menyalurkan tenaga dengan serta-merta.
Walaupun madu memiliki rasa yang manis, anda tidak perlu risau kerana madu tidak memberi kesan kepada kandungan gula dalam darah, malah kajian saintifik membuktikan madu mampu mengekalkan gula dalam darah di tahap yang selamat.
Seawal usia mereka satu tahun, dan sehingga mereka berusia belasan tahun, anda boleh menggunakan madu untuk merawat dan mencegah penyakit, serta sebagai makanan tambahan untuk mengekalkan tenaga dan membantu proses tumbesaran.
Madu adalah teman sepanjang hayat yang bermanfaat, bukan hanya untuk mereka yang dewasa, namun berkhasiat dan bernutrisi untuk si kecil anda juga.