Kejutan Istimewa Sempena Hari Bapa, Hadiahkan ‘Madu Manis’ Bukti Kasih Sayang Sebenar!

Kejutan Istimewa Sempena Hari Bapa, Hadiahkan ‘Madu Manis’ Bukti Kasih Sayang Sebenar!

Credit: Nona View Original Threat

Kejutan Istimewa Sempena Hari Bapa,

Hadiahkan ‘Madu Manis’ Bukti Kasih Sayang Sebenar!

 

 

Sekarang adalah masa untuk memberi penghargaan kepada ibu bapa kita dan menunjukkan kasih sayang dan keprihatinan kita kepada kesejahteraan mereka dengan memberikan hadiah yang bermakna.

 

Mendapatkan hadiah yang bermakna dan istimewa memerlukan masa, usaha dan pertimbangan. Tahun ini, anda boleh menjadikan khasiat kebaikan daripada alam semula jadi yang manis dan sihat seperti madu sebagai hadiah yang berharga.

 

 

Menurut sejarah, madu adalah salah satu makanan paling awal yang dimakan oleh manusia, bermula kira-kira 8,000 tahun dahulu. Sejak berkurun-kurun lamanya, madu telah menjadi makanan yang berkhasiat lagi berharga dalam ubat-ubatan di China, India, Mesir, Greece dan dunia Arab, dan digunakan sebagai hadiah pada musim perayaan dan upacara keagamaan.

 

 

Madu telah dikenali dan digunakan sebagai ubat semula jadi, atau makanan yang sangat berkhasiat. Selama beribu-ribu tahun manusia di seluruh dunia mengakui khasiat kebaikan dan kesihatan madu, yang kaya dengan zat galian, vitamin, antioksidan, dan enzim. Pengambilan satu sudu madu setiap hari dapat menguatkan imuniti dan menjaga kesihatan anda.

 

JUNGLE HOUSE

Bila peminat madu dan pengasas Jungle House, Paul Poh dan Ashley Lam, memulakan pengembaraan menjelajah hutan belantara Garut di Jawa Barat, Indonesia pada 2018, mereka terserempak dengan sekumpulan orang asli pemburu lebah.

 

 

Selepas merasai madu mentah organik hutan yang tulen dan segar yang ditawarkan oleh mereka, mereka jatuh cinta dengan anugerah alam itu dan berazam untuk membawa khasiat kebaikan dari hutan ke rumah orang ramai. Dari situ bermulalah perjalanan untuk membuka kedai khusus gaya hidup, Jungle House.

 

 

Jungle House menjadikan proses memberi hadiah jauh lebih mudah dan

menyeronokkan. Madu mentah dan tulen Jungle House dibawakan dalam pelbagai perasa madu dan boleh didapati dalam set yang menarik, disediakan istimewa untuk diberikan kepada ibu dan bapa.

 

 

Anda boleh membuat pesanan set hadiah madu secara khusus di dalam talian dengan mudah daripada Jungle House untuk diberikan kepada mereka yang tersayang, baik yang jauh mahupun yang dekat. Jangan lepaskan peluang yang ditawarkan sepanjang kempen ‘Manis & Sihat Jungle House’ yang bermula sekarang sehingga 26 Jun 2022.

 

Koleksi set madu ini memberikan kegembiraan dan kesihatan, serta mengabadikan saat- saat indah bersama dan menjadi tanda kasih sayang kepada ibu bapa anda dan juga mereka yang bermakna dalam hidup anda. Untuk maklumat lanjut, layari laman

www.junglehouse.com.my