Credit: Femagonline View Original Threat
Sekarang adalah masa untuk memberi penghargaan kepada ibu bapa kita dan menunjukkan kasih sayang dan keprihatinan kita kepada kesejateraan mereka dengan memberikan hadiah yang bermakna. Mendapatkan hadiah yang bermakna dan istimewa memerlukan masa, usaha dan pertimbangan. Tahun ini, anda boleh menjadikan khasiat kebaikan daripada alam semula jadi yang manis dan sihat seperti madu sebagai hadiah yang berharga.
Menurut sejarah, madu adalah salah satu makanan paling awal yang dimakan oleh manusia, bermula kira-kira 8,000 tahun dahulu. Sejak berkurun-kurun lamanya, madu telah menjadi makanan yang berkhasiat lagi berharga dalam ubat-ubatan di China, India, Mesir, Greece dan dunia Arab, dan digunakan sebagai hadiah pada musim perayaan dan upacara keagamaan.
Madu telah dikenali dan digunakan sebagai ubat semula jadi, atau makanan yang sangat berkhasiat. Selama beribu-ribu tahun manusia di seluruh dunia mengakui khasiat kebaikan dan kesihatan madu, yang kaya dengan zat galian, vitamin, antioksidan, dan enzim. Pengambilan satu sudu madu setiap hari dapat menguatkan imuniti dan menjaga kesihatan anda.
Bila peminat madu dan pengasas Jungle House, Paul Poh dan Ashley Lam, memulakan pengembaraan menjelajah hutan belantara Garut di Jawa Barat, Indonesia pada 2018, mereka terserempak dengan sekumpulan orang asli pemburu lebah. Selepas merasai madu mentah organik hutan yang tulen dan segar yang ditawarkan oleh mereka, mereka jatuh cinta dengan anugerah alam itu dan berazam untuk membawa khasiat kebaikan dari hutan ke rumah orang ramai. Dari situ bermulalah perjalanan untuk membuka kedai khusus gaya hidup, Jungle House.
Jungle House menjadikan proses memberi hadiah jauh lebih mudah dan menyeronokkan. Madu mentah dan tulen Jungle House dibawakan dalam pelbagai perasa madu dan boleh didapati dalam set yang cantic, disediakan istimewa untuk diberikan kepada ibu dan bapa.
Anda boleh membuat pesanan set hadiah madu secara khusus di dalam talian dengan mudah daripada Jungle House untuk diberikan kepada mereka yang tersayang, baik yang jauh mahupun yang dekat. Jangan lepaskan peluang yang ditawarkan sepanjang kempen Manis & Sihat Jungle House yang berlangsung dari sekarang hingga 26hb Jun 2022. Kempen ini menawarkan koleksi set madu yang memberikan kegembiraan dan kesihatan, serta mengabadikan saat-saat indah bersama dan menjadi tanda kasih sayang kepada ibu bapa anda dan juga mereka yang bermakna dalam hidup anda.
KOLEKSI SET MADU UNTUK HARI IBU & HARI BAPA 2022
Meskipun Jungle House menawarkan pelbagai jenis madu mentah asli, terdapat dua yang sangat berkhasiat untuk ibu dan bapa kita, Royal White dan Royal Black, yang boleh didapati dalam siri Harian dan Premium.
Royal White kaya dengan Vitamin B6, yang bertindak sebagai penawar semula jadi untuk masalah tidur dengan meningkatkan pengeluaran melatonin di dalam badan. Madu ini dihargai kerana manfaat antipenuaan dan menambah baik fungsi otak dan daya ingatan, serta mengurangkan ulser perut dan mulut. Madu istimewa ini dibuat oleh lebah madu yang membuat sarang lebah di tepi pantai, dekat perairan Pulau Sumbawa di Sumatera, Indonesia. Madu putih yang luar biasa dan sangat diidamkan ini lebih pekat berkrim daripada yang madu lain dan mempunyai perasa flora yang segar, tidak terlalu manis, dan memberikan sedikit sentuhan rasa masam yang tidak begitu ketara.
Harga Royal Black lebih tinggi disebabkan nilai perubatannya. Madu ini kaya dengan zat galian dan Vitamin B complex, menjadikannya pilihan terbaik dari segi antiradikal dan antibakteria, dan paling alkalin antara semua jenis madu di Jungle House. Manfaatnya termasuk menyembuhkan luka serius dan kesan melecur dengan keupayaan antiradangnya, merawat artritis ringan, menyokong sistem imun dan menambah baik wajah, manakala pengambilan berpanjangan boleh melawan kanser. Madu unggul ini dikutip dari sarang lebah liar yang terletak di atas dahan-dahan pokok Mahoni tua setinggi 50 meter, jauh di dalam hutan belantara Sumatera, Indonesia. Dengan rasa kayu yang bermula dengan pahit pada lidah dan kemudian berakhir dengan rasa manis dalam mulut, madu ini boleh menggantikan gula khususnya untuk pesakit diabetes dan orang tua.
Untuk Hari Ibu dan Hari Bapa, set yang disediakan dengan teliti merangkumi:
Daily Black Or White
1. Daily Royal White x 2 + PERCUMA Honey with Hope
2. Daily Royal Black x 2 + PERCUMA Honey with Hope
3. Daily Royal White x Daily Royal Black + PERCUMA Honey with Hope
Premium Black or White
1. Premium Royal Black + Premium Royal White + Percuma mana-mana Madu Harian
2. Premium Royal Black x 2 + Percuma mana-mana Madu Harian
3. Premium Royal White x 2 + Percuma mana-mana Madu Harian
Selain pembelian dalam talian, anda juga boleh mendapatkan set hadiah ini di Gedung Runcit Jungle House di Queensbay Mall, One Utama Shopping Centre, Pavilion Elite, Mid Valley Mega Mall, Bangsar, IOI City Mall, Central I-City dan D Pulze.